Posts

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET

Image

UNIT 3 : INTERNET

3.1 MAKSUD INTERNET Internet ialah singkatan bagi internetwork . Internet merupakan gabungan rangkaian komputer seluruh dunia yang menggunakan Protokol Internet. Antara kegunaan internet adalah untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat.         Akses ke internet memerlukan pengguna melanggan perkhidmatan Internet melalui Pembekal Perkhidmatan Internet. Pembekal perkhidmatan internet menyediakan capaian internet kepada pengguna. 3.2 PERKHIDMATAN INTERNET       1) E-mel       2) Jaringan Sejagat (WWW)       3) Protokol Pindah Fail (FTP)       4) Kumpulan Berita       5) Pemesejan Segera       6) Telefoni Internet

TAJUK: MENGHASILKAN LAMAN BLOG

Apakah itu Blog? * Blog ialah satu laman web sosial yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan catatan secara elektronik . * Blog terdiri daripada pos yang direkod masanya dalam format paparan jurnal . * Pos ialah artikel dan grafik yang dimuat naik ke blog. * Antara contoh pembekal tapak blog ialah B logspot , Blogdrive , Tumblr dan WordPress . * Pembangunan blog terdiri daripada beberapa peringkat , iaitu mendapatkan tapak blog, membangunkan blog dan mempromosikan serta mengemaskinikan blog. * Teliti langkah-langkah berikut untuk membina laman blog.( sila rujuk buku teks di muka surat 39).